Bab 1: Empayar Yang Hilang

1500 TAHUN S.M, LEMBAH SOLARI, ARAMUS
Lembah Solari terletak di tenggara negara Aramus iaitu semenanjung Nusantara.
Sebuah kawasan yang belum dimajukan oleh kerajaan Aramus berkeluasan negara Singapura.
Dilitupi oleh gurun pasir yang luas yang menjadi faktor mengapa ianya belum dimajukan oleh kerajaan Aramus.
Tiada penempatan manusia dan menjadi habitat hidupan gurun.
Ianya dipilih sebagai medan pertarungan kerana kawasannya yang sangat luas dan tidak mengganggu penempatan manusia.

Hari Pertempuran
Ditengah-tengah Lembah Solari itu berdirinya dua susuk tubuh manusia yang sama gagah dan sama hebatnya.
Pertarungan yang menyaksikan hanya seorang saja yang tinggal dan akan menaiki tahta kerajaan Aramus.
Sonjasa dilihat lebih yakin kerana Kawalan Tenaga Sejagatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan sejati.
Manakala Raja Chaos tidak memikirkan tentang tenaganya yang belum lengkap tetapi dia turun sebagai seorang raja yang mempertahankan tahta dan maruah negaranya.
Baginya semangat juang tinggi mampu menumpaskan ilmu yang sehebat mana sekalipun.
Dia yakin kalau kuasa pedang itu sekali lagi membawa tuah terhadap dirinya seperti tuahnya kepada Raja Aramus sewaktu mula-mula mengasaskan kerajaan itu sehingga menjadi sebuah negara yang hebat dan tersohor.
Kedua-dua kuasa yang tak diketahui asal-usulnya bertembung pada hari itu. Pertarungan yang dianggap sebagai yang terhebat berlaku di muka bumi.
Dalam pertarungan yang berlanjutan selama dua hari itu, kedua-dua pahlawan itu masih tidak menunjukkan tanda siapa yang akan tersungkur awal. Masing-masing mempunyai kehebatan dan keampuhan ilmu yang seimbang. Sehinggalah pada hari ketiga dimana Sonjasa sudah tidak dapat bersabar lagi kerana Raja Chaos belum mahu menggunakan pecahan ke sembilan Kawalan Tenaga Sejagatnya.
Raja Chaos bukan tidak mahu melancarkan pecahan yang ke sembilan itu, tetapi dia sedar tentang bahayanya jika dia melancarkan serangan menggunakan pecahan yang tidak lengkap pada tahap yang maksimum. Ianya boleh meragut nyawa.
Sonjasa seperti dapat membaca situasi Raja Chaos ketika itu, lalu dia melancarkan peringkat tertinggi ilmunya.
Serangan itu telah menimbulkan kuasa yang begitu besar sehingga sebahagian besar gurun tempat mereka bertempur itu bergegar dan merekah hinggakan separuh dari pasir gurun jatuh ke dalam bekas rekahan yang terhasil.
Aura separa bulat kekuningan berdiameter 5 kilometer berpusat di tempat dirinya berdiri menyelubungi sambil memutar pasir gurun yang terkurung di dalam aura kuasanya.
Manakala Raja Chaos bersedia mempertahankan kedudukannya. Setelah cukup padat kuasa yang terkumpul, ianya dilepaskan ke arah Raja Chaos dengan kelajuan tinggi.
Kesan dari pergerakan aura itu sama sekali menghancurkan sisa-sisa rekahan gurun yang tinggal.
Raja Chaos telah bersedia menampan aura dari Sonjasa. Aura Sonjasa semakin hampir. Lebih kurang 500 meter jaraknya dari Raja Chaos.
Tiba-tiba satu perkara aneh terjadi. Bagaikan hilang kawalan, satu aura berwarna ungu terhasil di kedua-dua tangan Raja Chaos!
Semakin lama ianya semakin membesar. Itu adalah aura pecahan ke sembilan Ilmu keturunan Raja Aramus! Kenapa ianya terhasil tanpa kawalan Raja Chaos? Bagaikan ada pertalian antara peringkat terakhir ilmu Sonjasa dengan pecahan kesembilan tenaga milik Raja Chaos.
Semakin hampir aura yang Sonjasa lancarkan, aura ungu Raja Chaos sudah mencapai tahap sekali ganda lebih besar dari aura kuning Sonjasa. Tetapi ianya masih diluar kawalan Raja Chaos.
Pada saat itu barulah Raja chaos mendapat petunjuk bagaimana menyempurnakan pecahan ke sembilan yang di cari-cari nenek moyangnya dari dulu hingga zamannya.
 Kuasa muktamad ilmu keturunan Raja Aramus pastinya ada kaitan dengan ilmu milik keluarga Sonjasa. Pecahan ke sembilan memerlukan tenaga tertinggi Kawalan tenaga sejagat milik keluarga Sonjasa! Itulah saja dahulu kesimpulan yang boleh dirumuskan di saat genting itu.
Dengan berserah kepada takdir, Raja Chaos mengaktifkan tenaga pecahan ke sembilan ketahap maksimum.
Tidak seperti nenek moyangnya yang terkorban semasa mengaktifkan pecahan itu ke tahap maksimum, Raja Chaos menjadi orang pertama dalam keturunannya yang berjaya melancarkan kuasa paling maksimum dalam sembilan pecahan tenaga warisannya itu!
Aura ungu mengatasi saiz aura kuning dengan 3 kali ganda ketika itu. Ianya berdiameter 1500 meter! Pada waktu itu jarak antara kedua aura itu hanya 100 meter dengan aura ungu mencapai tahap ketinggian muktamadnya.
Ini beerti aura kuning berada di dalam aura ungu.
Satu lagi peristiwa aneh berlaku.
Aura kuning Sonjasa membesar secara mengejut sesaiz dengan aura ungu! Mendapati perubahan itu,Sonjasa mengerah tenaganya ke tahap maksimum.
Pertembungan dua aura gergasi itu berlaku. Hasilnya di luar jangkaan. Satu letupan ala hypernova tercetus. Gabungan dua aura itu membentuk satu kubah mega sebesar empayar Aramus sekaligus memusnahkan bukan sahaja Lembah Solari dan Semenanjung Nusantara, malah seluruh Aramus di ambang kemusnahan. Termasuk sebahagian besar negara-negara lain yang bersempadan dengannya.
Jika dilihat dari ruang angkasa, bumi bagaikan bertembung dengan komet yang berkelajuan tinggi.
Malah, kebanyakan tempat di seluruh dunia mengalami bencana alam yang dasyat hasil tempias dari pertembungan dua aura itu. Letupan yang terhasil mengambil masa sehari untuk reda keseluruhannya.
Tiada apa yang tinggal di Aramus selepas pertarungan itu.
Tanah besar Aramus bagaikan telah digemburkan oleh sebuah cangkul gergasi bercampur dengan air laut yang mengalir dicelah-celah pulauan tanah yang hancur lumat dek kehebatan tenaga yang dihasilkan.
Nasib Raja Chaos dan Sonjasa tidak diketahui.
Adakah mereka masih hidup ataupun terkubur bersama seluruh penduduk Aramus dibawah pecahan tanah dan batuan?
Adakah di sini berakhirnya era tamadun Aramus hinggakan tiada bukti tentang kewujudannya sehingga ke hari ini?
Masih adakah lagi pewaris Kawalan Tenaga Sejagat pada hari ini?
Apa yang misteri sekali ialah, apakah hubungan ilmu tempur keturunan Aramus dengan ilmu tempur keluarga Sonjasa?
Semuanya tidak diketahui hingga ke hari ini...

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

No comments: