Kebanyakan anggota keselamatan
dan orang awam yang berada di bawah menundukkan kepala dan berselindung di
sebalik apa saja. Tak kurang juga yang melarikan diri mencari tempat berlindung
dari letupan yang bakal berlaku.
Tiada seorang pun yang mendongak
ke atas ketika itu. …………..
……Suasana sepi seketika…
Tiada bunyi letupan kedengaran…
Seorang demi seorang mengangkat kepala dan mendongak ke arah sasaran peluru
berpandu tercanggih buatan negara itu. Sepatutnya ledakan sudah berlaku sejurus
peluru berpandu masuk ke dalam bangunan!
Rupa-rupanya ada sesuatu yang
hebat berlaku di dalam bangunan. Gadis ayu bertudung itu telah berjaya
memerangkap kesemua peluru berpandu tadi di dalam aura yang dijelmakannya
melalui gerakan tangannya yang lemah gemalai. Dalam erti kata lain, kelajuan
peluru berpandu menjadi sifar sejurus bertembung dengan aura yang diwujudkan
dan pegun di dalamnya tanpa mengganggu bahan peledak yang terkandung pada
muncung peluru berpandu.
Itu adalah gaya ke-3 daripada
Kawalan Tenaga Sejagat asas angin
yang di gelar ‘GERAKAN BAYU’. Gaya
itu di beri nama ‘GERAKAN PEMUSNAH
BADAI’.
‘Gerakan Bayu’ terdiri daripada lima gaya berlainan dengan setiap gaya
menghasilkan tekanan angin yang berbeza kekuatan dan cara penggunaannya.
Pemiliknya dapat memanipulasikan tenaga yang diaktifkankan bagi menghasilkan
setiap gaya seperti gadis itu yang mampu menggunakan kekuatan dan gerakan udara
sekitarnya bagi menghentikan peluru berpandu yang dianggarkan berkelajuan
supersonik.
Elius yang begitu licik itupun hairan
dengan apa yang terjadi.
“Kenapa tiada letupan? Apa yang
dia buat pada besi-besi buruk tu?” Elius memandang ke bawah . Lubang bekas
rempuhan Elius pada puncak bangunan yang berjarak 250 meter darinya itu
kelihatan gelap dari luar. Dia tidak nampak apa yang terjadi di dalam bangunan.
Beberapa detik kemudian, satu
demi satu peluru berpandu keluar dari lubang itu dengan kelajuan yang sangat
tinggi. Lebih pantas dari kelajuan semasa ia mula-mula dilancarkan dari
pemacunya pada jet pejuang dan helikopter tempur.
Ini menyebabkan Elius yang
kehairanan tidak sempat untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’nya. Dia hanya
bergantung pada aura ‘Perisai Maharaja’. Satu demi satu peluru berpandu
menghentam tubuhnya dan menghasilkan letupan demi letupan yang amat dasyat
hinggakan bahang letupan itu dapat dirasai oleh setiap manusia yang berada di sekitar
lokasi kejadian. Elius mengalami sedikit kecederaan pada seluruh badannya. Di
dalam keadaan itu Elius tidak dapat menumpukan perhatiannya untuk mengaktifkan
‘Tarikan Titik Maut’. Orang ramai tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada
Elius di dalam letupan yang amat mengerikan itu.
Di kesempatan itulah gadis
bertudung itu mengekori peluru berpandu terakhir yang dilancarkannya bagi
melakukan serangan terhadap Elius di dalam api letupan bertujuan melindungi
identitinya daripada sesiapa. Setelah tamat hentaman peluru-peluru berpandu,
Elius cuba membuka matanya yang terpejam sepanjang letupan berlaku di badannya.
Serentak biji matanya kelihatan, imej gadis bertudung itu juga terlakar di biji
matanya.
Rupanya kedudukan kepala gadis
itu sudah berada di sebelah bahu kanan Elius dengan tangan kanan gadis itu
menggenggam erat buku lima dan sudah juga ditekap pada perut Elius.
“Awak memalukan keturunan kita! Sama seperti
‘Abah’!” Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!
No comments:
Post a Comment