Bab 3 : Unit Simpanan Khas Polis

“Tan Sri, boleh saya tahu apa hubungan kami dengan penerangan yang Tan Sri berikan ini? Mengapa kami perlu tahu secara terperinci tentang pembabitan penjenayah semalam? Kami ingatkan Tan Sri hanya mahu memberikan ucapan penghargaan sahaja kepada kami.” Sophia tiba-tiba mencelah sebelum Tan Sri Jafri menyambung bicara.
“Sabar…Sabar… Saya baru nak beritahu kamu bertiga dengar dengan teliti. CCD telah mengadakan net meeting tergempar bersama Perdana Menteri malam tadi tentang tumpasnya sebahagian konco-konco ‘Red Level’. Di khuatiri akan ada lagi kekecohan dan balas dendam kerana kredibiliti mereka telah tercalar dek tindakan luar biasa kamu bertiga semalam. Kami khuatir mereka akan melakukan kekejaman yang melampaui batas hingga mengancam nyawa rakyat dan menjatuhkan ekonomi negara. Kamu bertiga dipanggil ke mari atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengharapkan supaya kamu menyertai pasukan keselamatan negara!” Tan Sri Jafri mengakhiri kata-katanya dengan bersemangat.
Reaksi yang sama ditunjukkan oleh Sophia, Ima dan Zaitun. Terkejut..!
 “Tapi Tan Sri…Kami kan masih bersekolah..” Zaitun mengutarakan masalah mereka yang paling utama.
Tan Sri Jafri ketawa kecil sambil bingkas bangun dari kerusi buatan Perancis yang bernilai RM2500.
“Ha ha ha… Sudah dua kali awak potong cakap saya. Kan saya belum habis cakap lagi. Dengar dulu… Kerajaan tidak membenarkan majikan mengambil pekerja di bawah umur 18 tahun. Kamu tahu kan. Kamu bertiga boleh meneruskan pelajaran kamu. Tetapi apabila kamu diperlukan, kamu harus bertindak. Dalam erti kata lain, kejadian yang memerlukan kepakaran kamu sahaja yang memerlukan kamu bertindak. Selagi kami boleh menangani masalah, kamu tumpukan perhatian dalam pelajaran. Kami akan pastikan yang kamu tidak akan tertinggal matapelajaran dengan mengarahkan guru yang berkenaan meluangkan masa menulis nota atau membuat kelas khas untuk kamu bertiga. Macamana? Setuju?” 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

No comments: