Bab 6 : Wirawati Bertudung

Kebanyakan anggota keselamatan dan orang awam yang berada di bawah menundukkan kepala dan berselindung di sebalik apa saja. Tak kurang juga yang melarikan diri mencari tempat berlindung dari letupan yang bakal berlaku.
Tiada seorang pun yang mendongak ke atas ketika itu. …………..
……Suasana sepi seketika…
Tiada bunyi letupan kedengaran… Seorang demi seorang mengangkat kepala dan mendongak ke arah sasaran peluru berpandu tercanggih buatan negara itu. Sepatutnya ledakan sudah berlaku sejurus peluru berpandu masuk ke dalam bangunan!
Rupa-rupanya ada sesuatu yang hebat berlaku di dalam bangunan. Gadis ayu bertudung itu telah berjaya memerangkap kesemua peluru berpandu tadi di dalam aura yang dijelmakannya melalui gerakan tangannya yang lemah gemalai. Dalam erti kata lain, kelajuan peluru berpandu menjadi sifar sejurus bertembung dengan aura yang diwujudkan dan pegun di dalamnya tanpa mengganggu bahan peledak yang terkandung pada muncung peluru berpandu.
Itu adalah gaya ke-3 daripada Kawalan Tenaga Sejagat asas angin yang di gelar ‘GERAKAN BAYU’. Gaya itu di beri nama ‘GERAKAN PEMUSNAH BADAI’.
‘Gerakan Bayu’ terdiri daripada lima gaya berlainan dengan setiap gaya menghasilkan tekanan angin yang berbeza kekuatan dan cara penggunaannya. Pemiliknya dapat memanipulasikan tenaga yang diaktifkankan bagi menghasilkan setiap gaya seperti gadis itu yang mampu menggunakan kekuatan dan gerakan udara sekitarnya bagi menghentikan peluru berpandu yang dianggarkan berkelajuan supersonik.
Elius yang begitu licik itupun hairan dengan apa yang terjadi.
“Kenapa tiada letupan? Apa yang dia buat pada besi-besi buruk tu?” Elius memandang ke bawah . Lubang bekas rempuhan Elius pada puncak bangunan yang berjarak 250 meter darinya itu kelihatan gelap dari luar. Dia tidak nampak apa yang terjadi di dalam bangunan.
Beberapa detik kemudian, satu demi satu peluru berpandu keluar dari lubang itu dengan kelajuan yang sangat tinggi. Lebih pantas dari kelajuan semasa ia mula-mula dilancarkan dari pemacunya pada jet pejuang dan helikopter tempur.
Ini menyebabkan Elius yang kehairanan tidak sempat untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’nya. Dia hanya bergantung pada aura ‘Perisai Maharaja’. Satu demi satu peluru berpandu menghentam tubuhnya dan menghasilkan letupan demi letupan yang amat dasyat hinggakan bahang letupan itu dapat dirasai oleh setiap manusia yang berada di sekitar lokasi kejadian. Elius mengalami sedikit kecederaan pada seluruh badannya. Di dalam keadaan itu Elius tidak dapat menumpukan perhatiannya untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’. Orang ramai tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada Elius di dalam letupan yang amat mengerikan itu.
Di kesempatan itulah gadis bertudung itu mengekori peluru berpandu terakhir yang dilancarkannya bagi melakukan serangan terhadap Elius di dalam api letupan bertujuan melindungi identitinya daripada sesiapa. Setelah tamat hentaman peluru-peluru berpandu, Elius cuba membuka matanya yang terpejam sepanjang letupan berlaku di badannya. Serentak biji matanya kelihatan, imej gadis bertudung itu juga terlakar di biji matanya.
Rupanya kedudukan kepala gadis itu sudah berada di sebelah bahu kanan Elius dengan tangan kanan gadis itu menggenggam erat buku lima dan sudah juga ditekap pada perut Elius.
“Awak memalukan keturunan kita! Sama seperti ‘Abah’!” 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

No comments: