Bab 7 : Dilema Sophia Berakhir

"Noor... Boleh tak kau bagi tau kita orang siapa kau sebenarnya?!" Soalan Sophia yang pertama kepada Noor yang sedang melutut di depannya.
 "Aku tak faham maksud kau Sophia...! Kenapa kau buat macam ni kat aku?! Apa salah aku?!" Noor menangis.
"Dah banyak benda pelik berlaku pada kau. Dari kata-kata kau di kelas hari tu, hinggalah ke peristiwa tadi.Kau ingat aku tak tahu semasa kami meninggalkan kelas untuk tugasan hari tu kau berada di bilik sakit dengan alasan kau sakit perut kan?"
Di sekolah tadi ada rakan sekelas yang memberitahu Sophia perkara itu tetapi Sophia tidak menceritakan kepada Ima dan Zaitun. Ima dan Zaitun ternganga mendengar kata-kata Sophia.
"Noor... Betul ke apa Sophia cakap?" Zaitun bertanya kepada Noor yang sudah berhenti menangis tetapi masih melutut.
"Ya...Memang aku sakit perut masa tu... Tapi aku masih tak faham kenapa kau orang tanya aku macam ni? Apa salah aku pada korang?!" Jawab Noor ringkas sambil menangis. Sophia yang dari tadi membelakangi Noor lantas berpaling menerpa ke arah Noor.
"Noor, Kalau benar kau yang menolong aku hari tu, aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Kalau bukan kau, aku harap kau boleh simpan rahsia ini. Aku tak nak paksa kau lagi lepas ni." Sophia membuat pengakuan yang pastinya mendatangkan kejutan buat Ima dan Zaitun. Sophia kembali mendapatkan beg sekolahnya lalu meninggalkan rakan-rakannya. Sophia tertekan kerana terlampau ingin tahu siapa orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Manakala Ima dan Zaitun menenangkan Noor dan telah membuat keputusan untuk menceritakan semuanya kepada Noor.
Barulah Noor faham kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa. Noor Pulang ditemani oleh Ima dan Zaitun. Manakala Sophia hilang dari pandangan mereka degan sekelip mata.
Keadaan kembali tenang... Begitu juga situasi di landasan keretapi. Orang ramai kembali degan rutin harian masing-masing setelah mayat peragut tadi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. bayu lembut yang dari tadi membelai lembut pipi-pipi gebu Noor, Ima dan Zaitun semakin lama semakin deras dirasakan mereka. Debu-debu jalanan yang tidak tersapu oleh kontraktor pembersihan mula berpinar-pinar di ruang udara. Begitu juga dengan Pokok-pokok hiasan jalan yang selama ini menjadi warga lanskap Bandar itu mula menggugurkan daunannya kesan dek perubahan kelajuan angin yang semakin lama semakin deras. Awan gelap yang menyelubungi Bandar Metropolitan Sungai Buloh sudah tidak dapat menampung berat titik-titik air yang terkandung di dalamnya. Jatuh satu-persatu ke atas muka bumi. Orang ramai mula meninggalkan kawasan luar bangunan untuk mendapat perlindungan.
"Tiba-tiba je jadi macam ni… Kenapa yek? Setahu aku takda amaran ribut atau hujan lebat dikeluarkan oleh kerajaan sehingga sekarang ni." Zaitun bersuara sambil mereka bertiga meneruskan perjalanan ditengah kekalutan angin kencang dan renyai hujan.
"Tak payah risau lah…! Bukan selalu ada ribut macam ni. Fenomena ni berlaku sekali-sekala je… Tak perlu risau. Kejap lagi ok lah ni…!" Ima meninggikan suaranya kerana kederasan angin mengganggu pendengaran mereka. Noor hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin dia masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi antara dia dan Sophia.
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Noor. Ima dan Zaitun sama-sama memimpin Noor sambil Noor menunjuk arah mana yang harus mereka tuju. Baju seragam sekolah mereka sudah basah kuyup kerana hujan semakin lebat mengikut kelajuan angin.
"Jauh lagi ke Noor?!" Jerit Ima betul-betul di depan telinga Noor. Berdesing gegendang telinga dibuatnya.
"500 meter!" Jawab Noor dalam jeritannya yang tak kedengaran seperti jeritan.
"Kalau macam tu kita berteduh dulu lah...!" Cadang Zaitun.
"Kat mana?" Ima mendongakkan kepala ke arah Zaitun.
"Tu... Depan simpang tu sebelah kiri ada kedai makan tepi jalan." Noor yang fasih benar selok belok kawasan itu memberi cadangan kepada Ima dan Zaitun.
Penglihatan ketika itu terbatas hanya beberapa meter sahaja. Dalam kekalutan mereka mengharungi perjalanan ke tempat teduh, mereka tidak sedar ada sesuatu sedang menanti mereka.
Bukan hanya Noor, Ima dan Zaitun, tapi seluruh penduduk bandar metropolitan Sungai Buloh tidak menyedari yang Bandar bersebelahan iaitu Kepong dan sebahagian bandar Elit Damansara sudah ranap diratah Ribut dan hujan lebat yang mana sekarang ianya sedang mula merentasi bandar mereka pula. Mereka hampir ke destinasi yang dituju iaitu kedai makan. Belum pun sempat mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam, tiba-tiba tanpa disengajakan Noor telah mendedahkan sesuatu perkara di luar dugaan yang akan berlaku. Noor menahan tarikan tangan Ima dan Zaitun.
"Kekuatan angin akan meningkat 4 kali ganda dengan sekelip mata sepuluh minit lagi!! titisan hujan akan menjadi seperti butiran peluru!! Semua struktur di bandar ini akan tumbang dan runtuh dalam sekelip mata. Tiada tempat untuk berlindung!!"

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!