Terletak di Jalan Chan Sow Lin,
bangunan baru itu sedang dirasmikan ketika ini. Ramai ahli perniagaan berbangsa
Cina yang hadir di majlis gilang gemilang perasmian bangunan yang baru siap
dibina dan akan memulakan operasinya sebagai ibu pejabat Pertubuhan perniagaan
Cina Malaysia Raya. Tapi sayang letupan yang berlaku di tingkat 25 bangunan 55
tingkat ini telah mencacatkan strukturnya. Jika dilihat di kejauhan, bangunan
tersebut tak ubah seperti dirempuh oleh pesawat seperti kejadian 21 September
2001.
Di tengah-tengah bekas letupan di
tingkat 25, kelihatan tiga susuk tubuh manusia sedang berdiri tanpa
menghiraukan pasukan polis yang sedang mengepung kawasan itu. Runtuhan konkrit
hasil dari letupan yang dilakukan telah mengorbankan beberapa anggota keselamatan
dan beberapa kenderaan polis.
Menurut saksi, penjenayah tidak
bersenjata dan belum meminta apa-apa untuk digantikan dengan nyawa tebusan yang
kini berada di tingkat yang sama dengan mereka. Semua tebusan takut untuk
melarikan diri kerana beberapa orang yang cuba melarikan diri sudah menjadi
korban kekejaman penjenayah itu.
Sekiranya penjenayah itu tidak
menggunakan apa-apa senjata, bagaimana mereka meletupkan sebahagian dinding dan
lantai konkrit di tempat mereka berdiri sekarang? Itu yang menjadi persoalan.
Atas sebab itu, A.P.P diarahkan untuk
menangani drama tebusan ini. Ternyata penjenayah bukan manusia biasa. Di dalam
kabut asap letupan itu seorang dari mereka yang merupakan ketua kepada operasi
tebusan itu bersuara dengan lantang dan kuat hingga boleh didengari oleh
pasukan polis yang berada di luar tingkat bawah Bangunan Guan Teak Lim itu.
“Dengar sini!!! Nyawa mereka
semua takkan bertahan lama. Kami tetap akan bunuh mereka ini walauapapun
terjadi. Kamu semua akan melihat mereka semua jatuh beramai-ramai dari tingkat
ini. Ha! Ha! Ha!” Dia adalah Elius. Anggota Red Level yang telah menawarkan
diri untuk menghapuskan Sophia, Ima dan Zaitun.
Nampaknya mereka sengaja
mengumpan A.P.P ke situ. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang
turut serta dalam operasi menyelamat itu membuat rundingan dengan Elius sambil
melambat-lambatkan masa.
“Dengar sini!! Kami tidak faham
maksud kamu berbuat begitu. Sekurang-kurangnya mesti ada satu sebab mengapa
kamu melakukan keganasan seperti ini. Berikan sebab kenapa kamu membuat ugutan
sebegitu!”
“Ha! Ha!Ha! Kami ingin
membuktikan yang kami tidak akan pernah menyerah dan tiada siapa boleh
menumpaskan kami!” Elius membalas laungan dari anggota polis sebentar tadi.
Sekarang barulah pihak keselamatan tahu yang mereka bertiga itu adalah anggota
kumpulan Red Level.
Di samping itu keadaan diluar
bangunan semakin kecoh dan genting. Beberapa kereta bomba kelihatan baru tiba
di tempat kejadian. Dua lagi pengikut Elius hanya berdiri tegak di belakang
Elius dan hanya akan bertindak mengikut arahan. Sarjan Mejar itu mengarahkan
supaya kedatangan A.P.P dipercepatkan. Kalau tidak sudah tentu ramai yang akan
terkorban.
“Kita dalam kesulitan yang amat
kritikal. Kerahkan Unit Simpanan khas kita tu secepat mungkin. Tak ada apa yang
boleh kita lakukan untuk menyelamatkan nyawa orang awam di atas sana.” Sarjan
Mejar itu mengarahkan seorang anggota polis yang berada di dalam sebuah kereta
peronda untuk menghubungi A.P.P secara langsung ke tempat kejadian.
“Lihat tu!!” Seorang pegawai
polis yang tidak jauh dari situ menuding jari ke tingkat atas sebuah bangunan
yang berdekatan. Semua anggota keselamatan yang ada di situ tertumpu ke arah
itu.
No comments:
Post a Comment