Bab 4 : Teman Kelas Yang Baru

“Baiklah kelas.. Hari ini Ustazah nak memperkenalkan kepada kamu semua pelajar baru yang baru dipindahkan ke sekolah ini.” Ustazah Nor Baiyah iaitu guru kelas mereka berdiri di hadapan kelas besama seorang pelajar bertudung.
“Nor, kenalkan diri kepada teman-teman baru kamu.”
“Assalamualaikum… Nama saya Noor Aziah Binti Jafri. Saya tinggal di Putrajaya. Saya berpindah ke sekolah ini kerana ini adalah sekolah idaman saya. Saya berasa seronok dan bangga dapat bersama-sama anda semua.” Kata-kata perkenalan yang ringkas dari gadis itu.
“Ok… Kamu semua buat kerja masing-masing. Ustazah ada hal di bilik guru. Ima… Pastikan kelas dalam keadaan terkawal.” Lantas Ustazah Nor Baiyah melangkah keluar dari kelas 4 Hikmah.
Kebanyakan mata pelajar lelaki tidak berkedip memandang pelajar baru itu yang mempunyai rupa paras yang cantik, comel dan menawan. Senyumannya semasa memperkenalkan diri sebentar tadi boleh menjadi igauan pelajar lelaki di dalam kelas itu. Pelajar yang bernama Noor itu pun mengambil tempat di tempat duduk hadapan kelas bersebelahan dengan tempat duduk Sophia.
“E eh… Awak Sophia kan? Tak sangka sekelas dengan awak. Seronoknya..!! Apa khabar..” Noor terkejut melihat pelajar di sebelahnya sama seperti wajah yang terpampang di surat khabar dan berita di televisyen.
“Baik..” Jawab Sophia selamba. Cemburu Sophia melihat kecantikan gadis yang duduk di sebelahnya.
Sebelum ini, Sophia, Ima dan Zaitunlah yang menjadi tumpuan pelajar lelaki kerana mereka bertiga antara pelajar perempuan yang paling cantik dan bergaya di sekolah itu. Kemana mereka pergi pasti ada saja mata pelajar lelaki yang tak henti memandang mereka. ‘Rating’ mereka semakin naik semenjak peristiwa yang berlaku hi Heaven Square dua hari lepas.
Sophia dapat rasakan yang pelajar baru ini akan menjadi tumpuan baru dan saingan mereka bertiga di sekolah.
Lagi-lagi pelajar baru itu lemah lembut, peramah dan kelihatan sopan di sebalik tudungnya. Ima juga begitu. Kalau dulu pelajar lelaki di kelasnya suka mengusik dan menguratnya, kini mereka mata mereka lebih tertumpu kepada Nor yang duduk di sebelah Sophia. Tapi Ima tak kisah semua itu kerana dia pelajar yang ‘happy go lucky’.
Berlainan pula dengan Zaitun. Dia mendatangi Nor dan menyapa dengan baik. “Hai…Macamana sekolah baru? Ok ke?” Zaitun berdiri di sebelah Noor.
“Alhamdulillah…! Ok je…Mmmm Saya kenal la dengan awak. Awak mesti Zaitun kan?” Noor membalas pertanyaan Zaitun dan nampaknya dia ketemu dengan Super Heroes yang kedua.
“Ya Saya…” Jawab Zaitun ringkas.
“Mana seorang lagi? Kamu bertiga kan?” Noor memaksudkan Ima.
“Tu dia… Ketua kelas. Ima nama dia.” Zaitun menuding jari ke arah Ima yang berada di tengah-tengah kelas. Ima Hanya tersengih macam kerang busuk.
Kelihatan Zaitun dan Noor sedang rancak berborak ditambah dengan sikap Nor yang agak peramah menambahkan kerancakan hinggakan Sophia dan Ima terpaksa mengalah dengan ego masing-masing. Zaitun yang lebih cantik daripada mereka berdua pun tidak sombong dan tidak cemburu dengan keanggunan rakan sekelas mereka yang baru. Sebenarnya bukan apa.. Sophia dan Ima Cuma terperanjat seketika dengan kemunculan Noor. Sebenarnya mereka tidaklah sejahat mana. Akhirnya Sophia dan Ima pun menyapa Noor dan berbual bersama-sama.

Dalam kerancakan mengenali satu sama lain, tiba-tiba Sophia, Ima dan Zaitun dikejutkan dengan bunyi yang datang dari poket baju seragam masing-masing. Bunyi itu ialah bunyi alat komunikasi khas yang diberikan oleh CCD oleh mereka bertiga. 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

No comments: