Bab 7 : Dilema Sophia Berakhir

"Noor... Boleh tak kau bagi tau kita orang siapa kau sebenarnya?!" Soalan Sophia yang pertama kepada Noor yang sedang melutut di depannya.
 "Aku tak faham maksud kau Sophia...! Kenapa kau buat macam ni kat aku?! Apa salah aku?!" Noor menangis.
"Dah banyak benda pelik berlaku pada kau. Dari kata-kata kau di kelas hari tu, hinggalah ke peristiwa tadi.Kau ingat aku tak tahu semasa kami meninggalkan kelas untuk tugasan hari tu kau berada di bilik sakit dengan alasan kau sakit perut kan?"
Di sekolah tadi ada rakan sekelas yang memberitahu Sophia perkara itu tetapi Sophia tidak menceritakan kepada Ima dan Zaitun. Ima dan Zaitun ternganga mendengar kata-kata Sophia.
"Noor... Betul ke apa Sophia cakap?" Zaitun bertanya kepada Noor yang sudah berhenti menangis tetapi masih melutut.
"Ya...Memang aku sakit perut masa tu... Tapi aku masih tak faham kenapa kau orang tanya aku macam ni? Apa salah aku pada korang?!" Jawab Noor ringkas sambil menangis. Sophia yang dari tadi membelakangi Noor lantas berpaling menerpa ke arah Noor.
"Noor, Kalau benar kau yang menolong aku hari tu, aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Kalau bukan kau, aku harap kau boleh simpan rahsia ini. Aku tak nak paksa kau lagi lepas ni." Sophia membuat pengakuan yang pastinya mendatangkan kejutan buat Ima dan Zaitun. Sophia kembali mendapatkan beg sekolahnya lalu meninggalkan rakan-rakannya. Sophia tertekan kerana terlampau ingin tahu siapa orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Manakala Ima dan Zaitun menenangkan Noor dan telah membuat keputusan untuk menceritakan semuanya kepada Noor.
Barulah Noor faham kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa. Noor Pulang ditemani oleh Ima dan Zaitun. Manakala Sophia hilang dari pandangan mereka degan sekelip mata.
Keadaan kembali tenang... Begitu juga situasi di landasan keretapi. Orang ramai kembali degan rutin harian masing-masing setelah mayat peragut tadi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. bayu lembut yang dari tadi membelai lembut pipi-pipi gebu Noor, Ima dan Zaitun semakin lama semakin deras dirasakan mereka. Debu-debu jalanan yang tidak tersapu oleh kontraktor pembersihan mula berpinar-pinar di ruang udara. Begitu juga dengan Pokok-pokok hiasan jalan yang selama ini menjadi warga lanskap Bandar itu mula menggugurkan daunannya kesan dek perubahan kelajuan angin yang semakin lama semakin deras. Awan gelap yang menyelubungi Bandar Metropolitan Sungai Buloh sudah tidak dapat menampung berat titik-titik air yang terkandung di dalamnya. Jatuh satu-persatu ke atas muka bumi. Orang ramai mula meninggalkan kawasan luar bangunan untuk mendapat perlindungan.
"Tiba-tiba je jadi macam ni… Kenapa yek? Setahu aku takda amaran ribut atau hujan lebat dikeluarkan oleh kerajaan sehingga sekarang ni." Zaitun bersuara sambil mereka bertiga meneruskan perjalanan ditengah kekalutan angin kencang dan renyai hujan.
"Tak payah risau lah…! Bukan selalu ada ribut macam ni. Fenomena ni berlaku sekali-sekala je… Tak perlu risau. Kejap lagi ok lah ni…!" Ima meninggikan suaranya kerana kederasan angin mengganggu pendengaran mereka. Noor hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin dia masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi antara dia dan Sophia.
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Noor. Ima dan Zaitun sama-sama memimpin Noor sambil Noor menunjuk arah mana yang harus mereka tuju. Baju seragam sekolah mereka sudah basah kuyup kerana hujan semakin lebat mengikut kelajuan angin.
"Jauh lagi ke Noor?!" Jerit Ima betul-betul di depan telinga Noor. Berdesing gegendang telinga dibuatnya.
"500 meter!" Jawab Noor dalam jeritannya yang tak kedengaran seperti jeritan.
"Kalau macam tu kita berteduh dulu lah...!" Cadang Zaitun.
"Kat mana?" Ima mendongakkan kepala ke arah Zaitun.
"Tu... Depan simpang tu sebelah kiri ada kedai makan tepi jalan." Noor yang fasih benar selok belok kawasan itu memberi cadangan kepada Ima dan Zaitun.
Penglihatan ketika itu terbatas hanya beberapa meter sahaja. Dalam kekalutan mereka mengharungi perjalanan ke tempat teduh, mereka tidak sedar ada sesuatu sedang menanti mereka.
Bukan hanya Noor, Ima dan Zaitun, tapi seluruh penduduk bandar metropolitan Sungai Buloh tidak menyedari yang Bandar bersebelahan iaitu Kepong dan sebahagian bandar Elit Damansara sudah ranap diratah Ribut dan hujan lebat yang mana sekarang ianya sedang mula merentasi bandar mereka pula. Mereka hampir ke destinasi yang dituju iaitu kedai makan. Belum pun sempat mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam, tiba-tiba tanpa disengajakan Noor telah mendedahkan sesuatu perkara di luar dugaan yang akan berlaku. Noor menahan tarikan tangan Ima dan Zaitun.
"Kekuatan angin akan meningkat 4 kali ganda dengan sekelip mata sepuluh minit lagi!! titisan hujan akan menjadi seperti butiran peluru!! Semua struktur di bandar ini akan tumbang dan runtuh dalam sekelip mata. Tiada tempat untuk berlindung!!"

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 6 : Wirawati Bertudung

Kebanyakan anggota keselamatan dan orang awam yang berada di bawah menundukkan kepala dan berselindung di sebalik apa saja. Tak kurang juga yang melarikan diri mencari tempat berlindung dari letupan yang bakal berlaku.
Tiada seorang pun yang mendongak ke atas ketika itu. …………..
……Suasana sepi seketika…
Tiada bunyi letupan kedengaran… Seorang demi seorang mengangkat kepala dan mendongak ke arah sasaran peluru berpandu tercanggih buatan negara itu. Sepatutnya ledakan sudah berlaku sejurus peluru berpandu masuk ke dalam bangunan!
Rupa-rupanya ada sesuatu yang hebat berlaku di dalam bangunan. Gadis ayu bertudung itu telah berjaya memerangkap kesemua peluru berpandu tadi di dalam aura yang dijelmakannya melalui gerakan tangannya yang lemah gemalai. Dalam erti kata lain, kelajuan peluru berpandu menjadi sifar sejurus bertembung dengan aura yang diwujudkan dan pegun di dalamnya tanpa mengganggu bahan peledak yang terkandung pada muncung peluru berpandu.
Itu adalah gaya ke-3 daripada Kawalan Tenaga Sejagat asas angin yang di gelar ‘GERAKAN BAYU’. Gaya itu di beri nama ‘GERAKAN PEMUSNAH BADAI’.
‘Gerakan Bayu’ terdiri daripada lima gaya berlainan dengan setiap gaya menghasilkan tekanan angin yang berbeza kekuatan dan cara penggunaannya. Pemiliknya dapat memanipulasikan tenaga yang diaktifkankan bagi menghasilkan setiap gaya seperti gadis itu yang mampu menggunakan kekuatan dan gerakan udara sekitarnya bagi menghentikan peluru berpandu yang dianggarkan berkelajuan supersonik.
Elius yang begitu licik itupun hairan dengan apa yang terjadi.
“Kenapa tiada letupan? Apa yang dia buat pada besi-besi buruk tu?” Elius memandang ke bawah . Lubang bekas rempuhan Elius pada puncak bangunan yang berjarak 250 meter darinya itu kelihatan gelap dari luar. Dia tidak nampak apa yang terjadi di dalam bangunan.
Beberapa detik kemudian, satu demi satu peluru berpandu keluar dari lubang itu dengan kelajuan yang sangat tinggi. Lebih pantas dari kelajuan semasa ia mula-mula dilancarkan dari pemacunya pada jet pejuang dan helikopter tempur.
Ini menyebabkan Elius yang kehairanan tidak sempat untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’nya. Dia hanya bergantung pada aura ‘Perisai Maharaja’. Satu demi satu peluru berpandu menghentam tubuhnya dan menghasilkan letupan demi letupan yang amat dasyat hinggakan bahang letupan itu dapat dirasai oleh setiap manusia yang berada di sekitar lokasi kejadian. Elius mengalami sedikit kecederaan pada seluruh badannya. Di dalam keadaan itu Elius tidak dapat menumpukan perhatiannya untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’. Orang ramai tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada Elius di dalam letupan yang amat mengerikan itu.
Di kesempatan itulah gadis bertudung itu mengekori peluru berpandu terakhir yang dilancarkannya bagi melakukan serangan terhadap Elius di dalam api letupan bertujuan melindungi identitinya daripada sesiapa. Setelah tamat hentaman peluru-peluru berpandu, Elius cuba membuka matanya yang terpejam sepanjang letupan berlaku di badannya. Serentak biji matanya kelihatan, imej gadis bertudung itu juga terlakar di biji matanya.
Rupanya kedudukan kepala gadis itu sudah berada di sebelah bahu kanan Elius dengan tangan kanan gadis itu menggenggam erat buku lima dan sudah juga ditekap pada perut Elius.
“Awak memalukan keturunan kita! Sama seperti ‘Abah’!” 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 5 : Pertempuran Pertama A.P.P

Terletak di Jalan Chan Sow Lin, bangunan baru itu sedang dirasmikan ketika ini. Ramai ahli perniagaan berbangsa Cina yang hadir di majlis gilang gemilang perasmian bangunan yang baru siap dibina dan akan memulakan operasinya sebagai ibu pejabat Pertubuhan perniagaan Cina Malaysia Raya. Tapi sayang letupan yang berlaku di tingkat 25 bangunan 55 tingkat ini telah mencacatkan strukturnya. Jika dilihat di kejauhan, bangunan tersebut tak ubah seperti dirempuh oleh pesawat seperti kejadian 21 September 2001.
Di tengah-tengah bekas letupan di tingkat 25, kelihatan tiga susuk tubuh manusia sedang berdiri tanpa menghiraukan pasukan polis yang sedang mengepung kawasan itu. Runtuhan konkrit hasil dari letupan yang dilakukan telah mengorbankan beberapa anggota keselamatan dan beberapa kenderaan polis.
Menurut saksi, penjenayah tidak bersenjata dan belum meminta apa-apa untuk digantikan dengan nyawa tebusan yang kini berada di tingkat yang sama dengan mereka. Semua tebusan takut untuk melarikan diri kerana beberapa orang yang cuba melarikan diri sudah menjadi korban kekejaman penjenayah itu.
Sekiranya penjenayah itu tidak menggunakan apa-apa senjata, bagaimana mereka meletupkan sebahagian dinding dan lantai konkrit di tempat mereka berdiri sekarang? Itu yang menjadi persoalan.
 Atas sebab itu, A.P.P diarahkan untuk menangani drama tebusan ini. Ternyata penjenayah bukan manusia biasa. Di dalam kabut asap letupan itu seorang dari mereka yang merupakan ketua kepada operasi tebusan itu bersuara dengan lantang dan kuat hingga boleh didengari oleh pasukan polis yang berada di luar tingkat bawah Bangunan Guan Teak Lim itu.
“Dengar sini!!! Nyawa mereka semua takkan bertahan lama. Kami tetap akan bunuh mereka ini walauapapun terjadi. Kamu semua akan melihat mereka semua jatuh beramai-ramai dari tingkat ini. Ha! Ha! Ha!” Dia adalah Elius. Anggota Red Level yang telah menawarkan diri untuk menghapuskan Sophia, Ima dan Zaitun.
Nampaknya mereka sengaja mengumpan A.P.P ke situ. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang turut serta dalam operasi menyelamat itu membuat rundingan dengan Elius sambil melambat-lambatkan masa.
“Dengar sini!! Kami tidak faham maksud kamu berbuat begitu. Sekurang-kurangnya mesti ada satu sebab mengapa kamu melakukan keganasan seperti ini. Berikan sebab kenapa kamu membuat ugutan sebegitu!”
“Ha! Ha!Ha! Kami ingin membuktikan yang kami tidak akan pernah menyerah dan tiada siapa boleh menumpaskan kami!” Elius membalas laungan dari anggota polis sebentar tadi. Sekarang barulah pihak keselamatan tahu yang mereka bertiga itu adalah anggota kumpulan Red Level.
Di samping itu keadaan diluar bangunan semakin kecoh dan genting. Beberapa kereta bomba kelihatan baru tiba di tempat kejadian. Dua lagi pengikut Elius hanya berdiri tegak di belakang Elius dan hanya akan bertindak mengikut arahan. Sarjan Mejar itu mengarahkan supaya kedatangan A.P.P dipercepatkan. Kalau tidak sudah tentu ramai yang akan terkorban.
“Kita dalam kesulitan yang amat kritikal. Kerahkan Unit Simpanan khas kita tu secepat mungkin. Tak ada apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan nyawa orang awam di atas sana.” Sarjan Mejar itu mengarahkan seorang anggota polis yang berada di dalam sebuah kereta peronda untuk menghubungi A.P.P secara langsung ke tempat kejadian.

“Lihat tu!!” Seorang pegawai polis yang tidak jauh dari situ menuding jari ke tingkat atas sebuah bangunan yang berdekatan. Semua anggota keselamatan yang ada di situ tertumpu ke arah itu.

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 4 : Teman Kelas Yang Baru

“Baiklah kelas.. Hari ini Ustazah nak memperkenalkan kepada kamu semua pelajar baru yang baru dipindahkan ke sekolah ini.” Ustazah Nor Baiyah iaitu guru kelas mereka berdiri di hadapan kelas besama seorang pelajar bertudung.
“Nor, kenalkan diri kepada teman-teman baru kamu.”
“Assalamualaikum… Nama saya Noor Aziah Binti Jafri. Saya tinggal di Putrajaya. Saya berpindah ke sekolah ini kerana ini adalah sekolah idaman saya. Saya berasa seronok dan bangga dapat bersama-sama anda semua.” Kata-kata perkenalan yang ringkas dari gadis itu.
“Ok… Kamu semua buat kerja masing-masing. Ustazah ada hal di bilik guru. Ima… Pastikan kelas dalam keadaan terkawal.” Lantas Ustazah Nor Baiyah melangkah keluar dari kelas 4 Hikmah.
Kebanyakan mata pelajar lelaki tidak berkedip memandang pelajar baru itu yang mempunyai rupa paras yang cantik, comel dan menawan. Senyumannya semasa memperkenalkan diri sebentar tadi boleh menjadi igauan pelajar lelaki di dalam kelas itu. Pelajar yang bernama Noor itu pun mengambil tempat di tempat duduk hadapan kelas bersebelahan dengan tempat duduk Sophia.
“E eh… Awak Sophia kan? Tak sangka sekelas dengan awak. Seronoknya..!! Apa khabar..” Noor terkejut melihat pelajar di sebelahnya sama seperti wajah yang terpampang di surat khabar dan berita di televisyen.
“Baik..” Jawab Sophia selamba. Cemburu Sophia melihat kecantikan gadis yang duduk di sebelahnya.
Sebelum ini, Sophia, Ima dan Zaitunlah yang menjadi tumpuan pelajar lelaki kerana mereka bertiga antara pelajar perempuan yang paling cantik dan bergaya di sekolah itu. Kemana mereka pergi pasti ada saja mata pelajar lelaki yang tak henti memandang mereka. ‘Rating’ mereka semakin naik semenjak peristiwa yang berlaku hi Heaven Square dua hari lepas.
Sophia dapat rasakan yang pelajar baru ini akan menjadi tumpuan baru dan saingan mereka bertiga di sekolah.
Lagi-lagi pelajar baru itu lemah lembut, peramah dan kelihatan sopan di sebalik tudungnya. Ima juga begitu. Kalau dulu pelajar lelaki di kelasnya suka mengusik dan menguratnya, kini mereka mata mereka lebih tertumpu kepada Nor yang duduk di sebelah Sophia. Tapi Ima tak kisah semua itu kerana dia pelajar yang ‘happy go lucky’.
Berlainan pula dengan Zaitun. Dia mendatangi Nor dan menyapa dengan baik. “Hai…Macamana sekolah baru? Ok ke?” Zaitun berdiri di sebelah Noor.
“Alhamdulillah…! Ok je…Mmmm Saya kenal la dengan awak. Awak mesti Zaitun kan?” Noor membalas pertanyaan Zaitun dan nampaknya dia ketemu dengan Super Heroes yang kedua.
“Ya Saya…” Jawab Zaitun ringkas.
“Mana seorang lagi? Kamu bertiga kan?” Noor memaksudkan Ima.
“Tu dia… Ketua kelas. Ima nama dia.” Zaitun menuding jari ke arah Ima yang berada di tengah-tengah kelas. Ima Hanya tersengih macam kerang busuk.
Kelihatan Zaitun dan Noor sedang rancak berborak ditambah dengan sikap Nor yang agak peramah menambahkan kerancakan hinggakan Sophia dan Ima terpaksa mengalah dengan ego masing-masing. Zaitun yang lebih cantik daripada mereka berdua pun tidak sombong dan tidak cemburu dengan keanggunan rakan sekelas mereka yang baru. Sebenarnya bukan apa.. Sophia dan Ima Cuma terperanjat seketika dengan kemunculan Noor. Sebenarnya mereka tidaklah sejahat mana. Akhirnya Sophia dan Ima pun menyapa Noor dan berbual bersama-sama.

Dalam kerancakan mengenali satu sama lain, tiba-tiba Sophia, Ima dan Zaitun dikejutkan dengan bunyi yang datang dari poket baju seragam masing-masing. Bunyi itu ialah bunyi alat komunikasi khas yang diberikan oleh CCD oleh mereka bertiga. 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 3 : Unit Simpanan Khas Polis

“Tan Sri, boleh saya tahu apa hubungan kami dengan penerangan yang Tan Sri berikan ini? Mengapa kami perlu tahu secara terperinci tentang pembabitan penjenayah semalam? Kami ingatkan Tan Sri hanya mahu memberikan ucapan penghargaan sahaja kepada kami.” Sophia tiba-tiba mencelah sebelum Tan Sri Jafri menyambung bicara.
“Sabar…Sabar… Saya baru nak beritahu kamu bertiga dengar dengan teliti. CCD telah mengadakan net meeting tergempar bersama Perdana Menteri malam tadi tentang tumpasnya sebahagian konco-konco ‘Red Level’. Di khuatiri akan ada lagi kekecohan dan balas dendam kerana kredibiliti mereka telah tercalar dek tindakan luar biasa kamu bertiga semalam. Kami khuatir mereka akan melakukan kekejaman yang melampaui batas hingga mengancam nyawa rakyat dan menjatuhkan ekonomi negara. Kamu bertiga dipanggil ke mari atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengharapkan supaya kamu menyertai pasukan keselamatan negara!” Tan Sri Jafri mengakhiri kata-katanya dengan bersemangat.
Reaksi yang sama ditunjukkan oleh Sophia, Ima dan Zaitun. Terkejut..!
 “Tapi Tan Sri…Kami kan masih bersekolah..” Zaitun mengutarakan masalah mereka yang paling utama.
Tan Sri Jafri ketawa kecil sambil bingkas bangun dari kerusi buatan Perancis yang bernilai RM2500.
“Ha ha ha… Sudah dua kali awak potong cakap saya. Kan saya belum habis cakap lagi. Dengar dulu… Kerajaan tidak membenarkan majikan mengambil pekerja di bawah umur 18 tahun. Kamu tahu kan. Kamu bertiga boleh meneruskan pelajaran kamu. Tetapi apabila kamu diperlukan, kamu harus bertindak. Dalam erti kata lain, kejadian yang memerlukan kepakaran kamu sahaja yang memerlukan kamu bertindak. Selagi kami boleh menangani masalah, kamu tumpukan perhatian dalam pelajaran. Kami akan pastikan yang kamu tidak akan tertinggal matapelajaran dengan mengarahkan guru yang berkenaan meluangkan masa menulis nota atau membuat kelas khas untuk kamu bertiga. Macamana? Setuju?” 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 2 : Anak Patung Penggempur

“Pukul tujuh la kita masuk ni…” Ima mengomel seorang diri sambil menolak Zaitun yang ada di depannya kerana keadaan sesak. Manakala Sophia yang berada di belakang Ima memanjangkan leher mengukur panjang barisan tempat mereka berdiri.
Nasib baik mereka bertiga sudah membeli tiket awal-awal lagi. Kalau tidak sudah tentu mereka tak dapat menonton di hari pertama ini.
“Sabar je la… Nak buat macamana kan. Dapat tengok separuh pun jadilah… bukan best mana cerita ni.” Bunyinya macam orang merajuk. Ima menjeling ke arah Sophia sambil tersengih sinis..
“Apsal ko ni? Apsal pandang aku? Ko nak salahkan aku ke? Ok lah! Aku tak nak tengok cerita ni. Korang tengoklah dua orang. Aku blah dulu!” Sophia merasakan teman-temannya menyalahkan dirinya kerana lambat datang. Padahal, Ima tak bermaksud untuk menyalahkan Sophia. Lalu dia melangkah menuju ke arah tangga yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri.
Biasalah… Kawan usik kawan…
“Woi! Kau nak kemana tu? La… merajuk la pulak…..!” Zaitun mengejar Sophia dari belakang.

Manakala Ima termangu melihat rakannya itu tiba-tiba meninggalkan barisan. Dia tak menyangka yang Sophia akan terasa dengan kata-katanya. Tapi Sophia memang orang yang sensitif. Tak boleh salah sikit, mesti terasa. Belum sempat Sophia membuka pintu rintangan api di depannya, tiba-tiba… 

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!

Bab 1: Empayar Yang Hilang

1500 TAHUN S.M, LEMBAH SOLARI, ARAMUS
Lembah Solari terletak di tenggara negara Aramus iaitu semenanjung Nusantara.
Sebuah kawasan yang belum dimajukan oleh kerajaan Aramus berkeluasan negara Singapura.
Dilitupi oleh gurun pasir yang luas yang menjadi faktor mengapa ianya belum dimajukan oleh kerajaan Aramus.
Tiada penempatan manusia dan menjadi habitat hidupan gurun.
Ianya dipilih sebagai medan pertarungan kerana kawasannya yang sangat luas dan tidak mengganggu penempatan manusia.

Hari Pertempuran
Ditengah-tengah Lembah Solari itu berdirinya dua susuk tubuh manusia yang sama gagah dan sama hebatnya.
Pertarungan yang menyaksikan hanya seorang saja yang tinggal dan akan menaiki tahta kerajaan Aramus.
Sonjasa dilihat lebih yakin kerana Kawalan Tenaga Sejagatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan sejati.
Manakala Raja Chaos tidak memikirkan tentang tenaganya yang belum lengkap tetapi dia turun sebagai seorang raja yang mempertahankan tahta dan maruah negaranya.
Baginya semangat juang tinggi mampu menumpaskan ilmu yang sehebat mana sekalipun.
Dia yakin kalau kuasa pedang itu sekali lagi membawa tuah terhadap dirinya seperti tuahnya kepada Raja Aramus sewaktu mula-mula mengasaskan kerajaan itu sehingga menjadi sebuah negara yang hebat dan tersohor.
Kedua-dua kuasa yang tak diketahui asal-usulnya bertembung pada hari itu. Pertarungan yang dianggap sebagai yang terhebat berlaku di muka bumi.
Dalam pertarungan yang berlanjutan selama dua hari itu, kedua-dua pahlawan itu masih tidak menunjukkan tanda siapa yang akan tersungkur awal. Masing-masing mempunyai kehebatan dan keampuhan ilmu yang seimbang. Sehinggalah pada hari ketiga dimana Sonjasa sudah tidak dapat bersabar lagi kerana Raja Chaos belum mahu menggunakan pecahan ke sembilan Kawalan Tenaga Sejagatnya.
Raja Chaos bukan tidak mahu melancarkan pecahan yang ke sembilan itu, tetapi dia sedar tentang bahayanya jika dia melancarkan serangan menggunakan pecahan yang tidak lengkap pada tahap yang maksimum. Ianya boleh meragut nyawa.
Sonjasa seperti dapat membaca situasi Raja Chaos ketika itu, lalu dia melancarkan peringkat tertinggi ilmunya.
Serangan itu telah menimbulkan kuasa yang begitu besar sehingga sebahagian besar gurun tempat mereka bertempur itu bergegar dan merekah hinggakan separuh dari pasir gurun jatuh ke dalam bekas rekahan yang terhasil.
Aura separa bulat kekuningan berdiameter 5 kilometer berpusat di tempat dirinya berdiri menyelubungi sambil memutar pasir gurun yang terkurung di dalam aura kuasanya.
Manakala Raja Chaos bersedia mempertahankan kedudukannya. Setelah cukup padat kuasa yang terkumpul, ianya dilepaskan ke arah Raja Chaos dengan kelajuan tinggi.
Kesan dari pergerakan aura itu sama sekali menghancurkan sisa-sisa rekahan gurun yang tinggal.
Raja Chaos telah bersedia menampan aura dari Sonjasa. Aura Sonjasa semakin hampir. Lebih kurang 500 meter jaraknya dari Raja Chaos.
Tiba-tiba satu perkara aneh terjadi. Bagaikan hilang kawalan, satu aura berwarna ungu terhasil di kedua-dua tangan Raja Chaos!
Semakin lama ianya semakin membesar. Itu adalah aura pecahan ke sembilan Ilmu keturunan Raja Aramus! Kenapa ianya terhasil tanpa kawalan Raja Chaos? Bagaikan ada pertalian antara peringkat terakhir ilmu Sonjasa dengan pecahan kesembilan tenaga milik Raja Chaos.
Semakin hampir aura yang Sonjasa lancarkan, aura ungu Raja Chaos sudah mencapai tahap sekali ganda lebih besar dari aura kuning Sonjasa. Tetapi ianya masih diluar kawalan Raja Chaos.
Pada saat itu barulah Raja chaos mendapat petunjuk bagaimana menyempurnakan pecahan ke sembilan yang di cari-cari nenek moyangnya dari dulu hingga zamannya.
 Kuasa muktamad ilmu keturunan Raja Aramus pastinya ada kaitan dengan ilmu milik keluarga Sonjasa. Pecahan ke sembilan memerlukan tenaga tertinggi Kawalan tenaga sejagat milik keluarga Sonjasa! Itulah saja dahulu kesimpulan yang boleh dirumuskan di saat genting itu.
Dengan berserah kepada takdir, Raja Chaos mengaktifkan tenaga pecahan ke sembilan ketahap maksimum.
Tidak seperti nenek moyangnya yang terkorban semasa mengaktifkan pecahan itu ke tahap maksimum, Raja Chaos menjadi orang pertama dalam keturunannya yang berjaya melancarkan kuasa paling maksimum dalam sembilan pecahan tenaga warisannya itu!
Aura ungu mengatasi saiz aura kuning dengan 3 kali ganda ketika itu. Ianya berdiameter 1500 meter! Pada waktu itu jarak antara kedua aura itu hanya 100 meter dengan aura ungu mencapai tahap ketinggian muktamadnya.
Ini beerti aura kuning berada di dalam aura ungu.
Satu lagi peristiwa aneh berlaku.
Aura kuning Sonjasa membesar secara mengejut sesaiz dengan aura ungu! Mendapati perubahan itu,Sonjasa mengerah tenaganya ke tahap maksimum.
Pertembungan dua aura gergasi itu berlaku. Hasilnya di luar jangkaan. Satu letupan ala hypernova tercetus. Gabungan dua aura itu membentuk satu kubah mega sebesar empayar Aramus sekaligus memusnahkan bukan sahaja Lembah Solari dan Semenanjung Nusantara, malah seluruh Aramus di ambang kemusnahan. Termasuk sebahagian besar negara-negara lain yang bersempadan dengannya.
Jika dilihat dari ruang angkasa, bumi bagaikan bertembung dengan komet yang berkelajuan tinggi.
Malah, kebanyakan tempat di seluruh dunia mengalami bencana alam yang dasyat hasil tempias dari pertembungan dua aura itu. Letupan yang terhasil mengambil masa sehari untuk reda keseluruhannya.
Tiada apa yang tinggal di Aramus selepas pertarungan itu.
Tanah besar Aramus bagaikan telah digemburkan oleh sebuah cangkul gergasi bercampur dengan air laut yang mengalir dicelah-celah pulauan tanah yang hancur lumat dek kehebatan tenaga yang dihasilkan.
Nasib Raja Chaos dan Sonjasa tidak diketahui.
Adakah mereka masih hidup ataupun terkubur bersama seluruh penduduk Aramus dibawah pecahan tanah dan batuan?
Adakah di sini berakhirnya era tamadun Aramus hinggakan tiada bukti tentang kewujudannya sehingga ke hari ini?
Masih adakah lagi pewaris Kawalan Tenaga Sejagat pada hari ini?
Apa yang misteri sekali ialah, apakah hubungan ilmu tempur keturunan Aramus dengan ilmu tempur keluarga Sonjasa?
Semuanya tidak diketahui hingga ke hari ini...

Dapatkan sambungan cerita di Google Books percuma!